Rekaan terdahulu Bendera Sepanyol

Salib Bourgogne (Cruz de Borgoña, sejak abad ke-16)

Cruz[pautan putus] de Borgoña

Bendera pertama yang dipakai untuk kerajaan Sepanyol merupakan Salib Borgoña (Cruz de Borgoña) yang diperkenalkan dalam perkahwinan Juana I dari Castilla kepada Philip I, duc de Bourgogne pada tahun 1496, Ia mula diterapkan dalam banyak panji dan bendera kerajaan sejak pemerintahan Raja Charles I (1516-1556) oleh pasukan-pasukan Sepanyol.

  • Panji-panji perang dan dagang Sepanyol yang dipilih Raja Carlos III pada 1785
  • Rekaan bendera merah kuning pertama dipakai dari 1843 hingga1873 dan 1874 hingga 1931

Zaman Republik Kedua

Bendera Republik Sepanyol Kedua (1931-1939)


Pada 14 April 1931, pihak republikan menggulingkan kerajaan sedia ada lalu membentuk pemerintahan mereka sendiri. Perubahan rejim ini turut membawa kepada suatu penukaran rekaan baharu di mana jalur ketiga bendera kepada suatu warna merah keunguan (Bahasa Sepanyol: morado, Bahasa Inggeris: murrey) melambangkan perwakilan Castilla-León menyampingi kawasan-kawasan Aragon yang diwakili merah dan kuning. Rekaan baru jata Sepanyol yang dibuang segala unsur berkaitan diraja turut muncul pada ketika ini. Bendera ini telah dirasmikan pada 27 April tahun sama sebelum digunakan oleh tenera pada 6 Mei.

Zaman Franco

Bendera Sepanyol pasca-Perang Dunia Kedua sehingga tidak lama selepas kematian Franco tahun 1975.

Penumpasan para Republikan oleh puak Nasionalis pimpinan Francisco Franco dalam Perang Saudara Sepanyol menamatkan lalu beralih kepada suatu rejim baharu diketuai beliaur sebagai Caudillo. Rekaan merah-kuning-merah dipulihkan dalam pemerintahan ini, namun suatu jata baru yang lebih besar dan menonjol dilampirkan pada tengah bendera menandakan pemerintahan Franco. Rekaan ini mula dipakai sejak perasmiannya pada 29 Ogos 1936 sehingga kematian Franco pada 20 November 1975.